Saturday, April 7

persoalan atau kekeliruan.??

assalamualaikum pembuka bicara....

aurat.??

hijab.??

bohong sunat.??


3 topik y selalu atau agak kerap diperkotak-katikkan...
kat sni sya nk share antara soalan serta jwapan dri sebuah mjalah y sya bca kemarin..
hope dpat bantu sapa2 y bca.. (>_<)

aurat


soalan : adakah KAKi aurat.??(khas utk kaum hawa)

jwpan : berbeza mengikut mazhab

  • mazhab hanafi - kaki wanita tidak termasuk dlam lingkungan aurat
  • mazhab maliki - dalam pendapat muktamad,kaki bukan aurat
  • mazhab hambali - menghukumkan kaki wanita sebagai aurat
  • mazhab syafie - kaki wanita sebagai aurat
nota :: jika kita pergi ke Mekah,kita akan lihat betapa rahmat & luasnya anutan mazhab ini sehingga ada y pkai stoking & ada y tidak dan kesemua mereka adalah berpandukan mazhab masing2 y benar...

hijab


soalan : maksud hijab.?

jwpan : Hijab berasal dari perkataan arab y kata akarnya membawa maksud dinding atau penghalang atau sesuatu y menutup...biasanya perkataan 'hijab' secara istilahnya merujuk kepada menutup aurat seorang perempuan...

nota :: perempuan behijab ialah perempuan y menutup kepala atau menutup auratnya...


bohong sunat

soalan : wujudkah bohong sunat.?

jwpan : menipu & berbohong adalah berdosa...nabi SAW bersabda bhawa helah pembohongan y dibolehkan ialah ketika perang atau antara suami isteri bagi tujuan mengeratkan kasih sayang atau helah bg tujuan kebaikan hubungan antara 2 orang y bergaduh...

Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)



bagaimanapun hadis ini TIDAK menamakannya sebagai bohong sunat sebaliknya dikatakan sebagai HELAH...istilah 'bohong sunat' ini daripada masyarakat kita sendiri....

#jwapan ini telah dijawab oleh Datuk Dr Mshitah Ibrahim#

ingin sya tegaskn,sya cuma berkongsi maklumat y telah sya bca..
sebarang keralatan mohon diberitahu..
TQSM... (^_^)

humble me,
-capritirah-